Saturday, 22 June 2013



Aku kira minggu ini agak bertuah. Entah badi apa yang terkena pada aku. Oh well, bukan nak kata yang aku tak pernah bertuah selama ni, tapi untuk letakkan expectation setinggi itu, sungguh aku tak pernah.

Ada manusia, harinya adalah lebih baik daripada semalam. Dia menjadikan pengalaman, kesilapan dan kejayaannya untuk terus maju ke hadapan berdepan dengan dugaan yang Allah turunkan.

4 hari kot aku hiatus daripada buka facebook atau twitter.. Eh, tak! Eh, entahlah aku tak ingat.
Alasan aku hiatus sebab aku nak elakkan diri daripada terus stalk dia.
Aku nak rawat hati aku yang sakit sangat-sangat ni..

Sepanjang aku hiatus tu, memang aku rasa ringan sikit beban dekat kepala otak aku ni sebab aku tak perlu nak fikir pasal dia dengan budak perempuan tu.
Fuhh, walaupun aku tak payah fikir pasal hal dia, problem lain tetap ada.
Macam haritu ada raptai perbarisan, aku yang takda kena mengena ni pun kena turun padang sekali.
Ni semua dua ekor "pelajar cemerlang" tu punya pasal. Diorang yang beria nak masuk kawad.
Tapi bila dah dipanggil turun, boleh bagi alasan puasa pulak. Panas je telinga aku masa tuh..
Yang paling tak boleh blah, diorang boleh cakap 'Ala, korang turun jelahh..'
Kepala hotak dia lah kan. Tak mati lah kalau korang puasa tu pergi kawad. LOL
Kitorang tak terlibat ni kena berdiri berjemur tengah panas dengan baju sekolah tu, korang boleh senang lenang duduk dalam makmal komputer join FROG..

Ok la. Ok la. Stop cerita pasal "pelajar cemerlang" ni.. Buat tambah dosa aku jer..

Hari rabu [19 Jun] - Banesh dah start sekolah balik. Agak happy lah aku haritu..
Finally buku rujukan bergerak aku dah kembali ke sekolah. Hilang rindu aku dekat dia..
Tengok dia haritu macam malu-malu je.. Maybe sebab dia dah lama tak masuk sekolah kot.
Syok gila hari isnin haritu maxis bagi sms free, dari balik sekolah sampai pukul 12 mesej Banesh tanpa henti. Rindu punya pasal lah ni kan.. Kemain lagii~

Yahh! Jatuh cinta pulak dengan lagu ni. kekeke~ Padahal lagu ni bukan lagu baru pun.

Erm, hati yang terluka dah ok sikit. Rindu pada Banesh dah terubat. Lagu tuu ♥ alahai sweetnyer..

Izinkan aku menangis sekarang sebab jerebu ni buat aku rasa pedih kat mata.
K tipu! Ber-drama pulak kau yek pink? Aku nak nangis sebab sakit hati aku datang balik.

Di saat aku deactive mode hiatus. Aku bukak facebook.
Status pertama yang aku nampak dekat newsfeed aku. Status dia.
Ada komen antara dia dengan budak perempuan yang dia suka tu. Ya, sangat sweet.
Jelas nampak kemesraan diorang. Dan ya, aku cemburu. Sangat-sangat!

Tapi, aku tak ada hak langsung nak halang perasaan dia dekat perempuan tu.
Walau aku suka dia macam mana sekalipun.
Walau aku sayang dia macam mana sekalipun.
Aku memang tak ada hak.

I don't even know why I'm being so stupid even though he don't even mind about my feeling.

Sumpah aku cair bila dia care pasal aku. Hati aku rasa senang sangat. Tapi kenapa dia buat macam ni?
Apa motif dia sebenarnya. Dia playboy mungkin?
Astaghfirullahaladzim. Tak baik bersangka buruk pink.
Mungkin sebab aku sayang, aku tetap sabar. Walau aku sakit hati, aku tetap layan dia dengan baik.
Aku sentiasa mencuba yang terbaik untuk orang lain. Kadang-kadang sehingga aku lupa, I deserve it too.

I'm sorry but I love you..

Bila aku fikir lama-lama. Tahun depan aku dah form5. Tahun akhir aku.
Potensi untuk aku nampak diorang bersweet² dekat sekolah sangat besar!
Makin hancurlah hati aku jawabnye kan. Bengkak pulak hati kte ni. Ya Allah, kau tabahkanlah hati aku.

Patut ke aku belajar untuk lepaskan dia?
Mungkin budak perempuan tu lebih layak untuk dia.
Patut ke aku belajar untuk terima orang yang sayangkan aku seadanya.

Mungkin aku patut! Tapi aku tak kuat. Nak lupakan seseorang yang kita sayang tu bukan mudah kan?
Ketika aku terlalu jujur, tanpa memikir apa kesan dan akibatnya.
Ketika aku terus berbicara tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Membuatkan kita terus hidup dengan menghukum diri sendiri.

Mungkin aku tak sedar yang ada orang lebih sayangkan aku.
Aku dah lukakan hati dia sebab aku terlampau fikirkan crush aku tu.
Awak! Kite betul-betul minta maaf. Jeongmal Mianhaeyo ♥

Apa patut aku buat sekarang ni. Aku betul-betul keliru. Aku taknak macam ni sampai bila-bila.

Minat dia? Suka dia?
Haih~ Mimpi di siang hari jela pink.
Duduk diam-diam senyap-senyap sudah.

Patut mati sahaja kah aku?
Ada manusia, kian mengecewakan. Hidupnya kian rundum, dia kehilangan arah tuju. Meski tangannya ligat meraba-raba mencari arah menggantikan mata yang telah lama tertutup dan mata hati yang sengaja dibutakan, dia masih juga berada di situ. Lebih mengecewakan bila dia mula menyalahkan orang lain atas kejatuhannya. Sikitpun tidak tidak menjadikan pengalaman, kesilapan dan kejayaan untuk dijadikan panduan mengemudikan kehidupannya.
Sepanjang aku tak online ni ada tak yang rindukan aku? Guess not.
Yelah, siapalah aku ni kan..